|
"Milah, kau dah masukkan dalam kotak semua pakaian dan pinggan mangkuk itu?" tanya Mak Munah. "Sudah Mak,"jawab Milah dengat lembut. "Mana adik adik kau yang lain?' soal Mak Munah lagi. "Mereka semua ada dibelakang rumah pergi tengok Angah robohkan reban ayam." "Tapi saya... "Tak ada tapi tapinya lagi Munah, lagi cepat kau pergi lagi cepat kau dapat." usul Mak Itam lagi. "Sementara nak buat rumah tu Mak Itam, mana kami anak beranak nak tinggal?" Mak Munah bertanya dengan nada perlahan bercampur sedih. Sejak hari itu tinggallah Mak Munah anak beranak dirumah Mak Itam sementara menunggu rumah barunya siap. Selepas setahun Mak Munah tinggal di rumah Mak Itam, rumahnya pun siap, itupun sekadar sebuah rumah kecil yang zink dan papan papan dindingnya diambil dari rumah lamanya. Dia sudah berpesan pada si tukang buat rumah tu supaya zink dan papan dinding rumah lamanya tu jangan dipecahkan sebab dia tak ada duit nak beli papan dan zink baru. Walaupun sudah berpindah ke rumahnya sendiri, Mak Munah selalu juga datang menjengok Mak Itam yang sudah tua tu. Anak anaknya pun selalu bermain main di halaman rumah Mak Itam.
Suatu hari sedang Mak Munah memasak didapur, kedengaran suara anak bungsunya Azmi memanggilnya cemas. "Mak cepat mak! cepat mak! Atuk Itam sakit. Tadi masa Mi main main dengan Kak Mira, Mi terdengar satu benda jatuh dari dalam rumah Atuk." Azmi menceritakan pada maknya.
Dilihatnya Mak Itam sudah tidak bergerak lagi. Mak Munah tahu Mak Itam sudah tiada lagi. Mak Munah tiga beranak menangis dengan sekuat kuatnya. Mak Munah berasa sangat sedih disaat Mak Itam meninggal dunia tiada orang lain disisinya melainkan anaknya si Mira yang masih kecil itu. Dia terus mengambil kain batik lepas menutup sekujur tubuh Mak Itam. Dengan limpahan air mata Mak Munah berdoa, "Ya Allah, kau sahaja tempat aku mengadu, yang mengetahui apa yang berlaku. Aku bermohon padamu Ya Allah kau lepaskanlah Mak Itam dari azab kubur, kau selamatkanlah dia dari azab api neraka. Kau masukkanlah dia bersama sama orang orang yang beriman. Sesungguhnya kaulah yang maha pengasih dan penyayang."
|
| malaysia web design June 30, 2009 04:23 PM PDT aku suka baca cerita dia | ||
| suriram May 13, 2005 02:03 PM PDT Mula-mula baca cerita wardah buat suriram lapah .... mana tidak ayam asyik keluar dan bila baca endingnya sedih pula datang tsk.. tsk... tsk..... tsk. | ||
| Wardah April 18, 2005 09:24 PM PDT Terimakasih eera. Tak sangka eera ni peminat setia cerpen Wardah. Nantikan entry seterusnya. Cerita tanah pusaka ni dah tamat pun.... Entry baru akan datang..... | ||
| eera April 18, 2005 01:07 PM PDT adui...sebaknye..lama eera nantikan cerpen wardah..happy bila buka computer ada cerita sambungan..tahnia story yang baik..keep it up. | ||
| Leave a Comment: |